Loading ...
SELAMAT DATANG KE 5G MALAYSIA

YEACOMM VS ARCADYAN VS GTENIQ

Ramai yang bertanya berbezaan tiga modem ini. Semoga info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda utk memilih modem yang sesuai. Ini adalah perbezaan untuk performance sahaja.

1) Yeacomm dan GTENIQ menggunakan WIFI6 80Mhz. Untuk average kelajuan WIFI kedua-dua modem ini adalah 900+ sahaja walaupun berada berdekatan menara dikawasan 1Gbps, kelajuan wifi tidak akan dapat lebih dari 1Gbps.

2) Yeacomm tidak menyokong antena luaran, manakala GTENIQ menyokong antena luaran. Apabila ada antena luaran kebiasaannye memperolehi kelajuan separuh daripada kelajuan asal. Antena luaran bukanlah untuk mereka yang sangat dekat dengan menara. Ianya sesuai untuk mereka yang mendapat 4bar signal dan kebawah. Untuk yang tiada langsung singnal 5G, mengalami penurunan kelajuan di dalam rumah disebabkan dinding yang tebal boleh menggunakan antena. Anda boleh dapatkan khidmat daripada installer antena bertauliah.

3) Port WAN/LAN GteniQ adalah 1Gbps manakala port WAN/LAN Yeacomm adalah 2.5Gbps, perbezaan ini adalah pada kelajuan yang datang dari port LAN sahaja. Tiada kaitan dgn WIFI. Jika pengguna berada ditempat 5G dikawasan kelajuan 1Gbps, dengan menggunakan Yeacomm anda akan dapat kelajuan lebih dari 1Gbps menggunakan port LAN. Jika anda berada dikawasan 5G dibawah kurang 1Gbps, kelajuan sama sahaja dengan yang menggunakan WAN/LAN 1GBps.

4) Arcadyan AW1000 adalah modem baru dipasaran. Modem ini mempunyai port WAN/LAN 2.5Gbps, WIFI6 160Mhz dan mempunyai port external antenna. Jika dibandingkan dengan Yeacomm terdapat 2 kekurangan iaitu Yeacomm tiada port antenna luaran dan tiada WIFI6 160mhz.
Jika dibandingkan dengan GTENIQ juga terdapat 2 kekurangan iaitu GTENIQ tiada port LAN 2.5Gbps dan tiada WIFI6 160mhz. Untuk dikawasan 5G atas 1Gbps Aracadyan boleh hasilkan kelajuan 1Gbps lebih menggunakan LAN dan WIFI, dan jika dikawasan 1Gbps kebawah pula, ketiga-tiga modem sama sahaja.